Halaman

Jumaat, 17 Januari 2014

Ikan Kelah: Impian kaki pancing...

Ikan kelah atau nama saintifiknya Tor tambroides terdiri daripada pelbagai varieti. Selain itu ia dikenali dengan beberapa nama tempatan seperti pelian dan empurau.

Di negara ini ada beberapa kawasan yang menjadi habitat atau kawasan yang paling banyak  ikan kelah.

Ikan Kelah yang terdapat di kawasan Sungai Tembeling.
Antaranya di kawasan sungai berbatu di sungai Kanching, Taman Templer, Sungai Langat, Tasik Chenderoh, Kuala Tahan dan Endau.

Ikan kelah menjadikan hulu sungai sebagai habitat sebagai habitat semula jadi. Ia membesar dengan pantas dan boleh mencapai berat sehingga 60 kilogram.

Di Pahang kawasan yang paling banyak spesis ikan ini adalah di persisiran Sungai Tembeling, Jerantut.

Ada juga yang 'memburu' ikan kelah di kawasan sungai kecil di hutan Hulu Tembeling iaitu Sungai Pengau di Kampung Pagi; Sungai Sepia (Kampung Gusai) dan Sungai Kenyam di Taman Negara Kuala Tahan.

Bagi kaki pancing di Sungai Tembeling dan Sungai Kenyam, tumpuan bukan sahaja aktiviti menangkap ikan kelah  tetapi pemandangan alam sekitar dan aliran anak sungai yang masih lagi terpelihara sehingga memberi ketenangan kepada mereka yang mengunjungi tempat itu.

Kegiatan menangkap ikan kelah atau nama saintifiknya 'Tor Tambroides' dan spesies air tawar lain kebiasaannya dilakukan di lubuk Sungai Tembeling, Sungai Sepia, Sungai Pengau, di Taman Negara Kuala Tahan manakala Lubuk Kayu Ara dan Lata Pegawai di Hutan Lipur Pengau, Hulu Tembeling.

Ikan kelah antara 'ikon' spesies air tawar yang menjadi kegemaran orang ramai kerana keenakan rasa isinya setelah dimasak dengan masakan asam tempoyak, pais tempoyak dan dibakar.

Ikan Kelah yang menjadi idaman kaki pancing

Jadi, tidak hairan jika satu kilogram ikan kelah berharga antara RM120 dan RM140 serta mencecah sehingga ribuan ringgit bagi seekor ikan.

Setiap kali bertelur, ikan kelah biasanya mengeluarkan 15,000 dan 30,000 biji telur dan daripada jumlah itu hanya 10 peratus membesar dengan sempurna serta menjadi induk.

Sebagai Omnivor, makanan utama ikan itu adalah rumpai air, alga, serangga, katak, ikan  kecil dan buah-buahan yang terjatuh ke dalam sungai.

Spesies yang dikenali di kalangan kaki pancing sebagai ' ikan  raja' atau 'raja sungai' itu boleh membesar sehingga 30 sentimeter panjang dengan beratnya antara dua kilogram (kg) hingga tujuh kilogram.

habis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan