Halaman

Rabu, 1 Januari 2014

Gewang di Tasik Kenyir

Tasik Kenyir merupakan kawasan yang sering menjadi pilihan para kaki pancing untuk melepaskan gian mereka memancing.

Tasik yang mempunyai keluasan 24,000 kilometer persegi dan lebih besar daripada keluasan Singapura itu memang tersohor dengan kepelbagaian spesies ikan air tawar termasuk tapah,  toman , sebarau, kejor, baung, lampam dan raja sungai kelah.

antara jenis gewang yang boleh digunakan

Di kawasan ini untuk mencari toman memang mudah. Balingan popper di kawasan tunggul atau pokok kayu yang menjulur keluar di permukaan tasik pastinya akan memberikan hasil yang terbaik.

Toman

Dahulu Tasik Kenyir merupakan lubuk toman malah ada yang mengatakan mereka pernah melihat  toman sebesar tong dram melompat.

spesis Tioman yang ada di Malaysia
Selain menggunakan popper, toman di Tasik Kenyir juga boleh dinaikkan menggunakan umpan anak ikan keli hidup atau anak toman sendiri.

Anak Tioman yang mudah didapati di tasik atau anak sungai
Selain toman, Tasik Kenyir turut hebat dengan spesies sebarau (Hampala macrolepidota) yang turut menghuni perairannya.

Spesies bersisik ini juga dikatakan rakus memakan umpan gewang pelbagai jenis dan turut boleh dipancing di kawasan terbuka termasuk di kawasan lubuk sekitar tunggul.

Sebarau

Menariknya, kepada kaki pancing tegar yang sudah biasa di Tasik Kenyir, untuk mendapatkan sebarau pada mereka mungkin mudah iaitu hanya dengan melihat gerombolan anak ikan toman  yang bermain di permukaan air.

Sebarau dikatakan sering mengintai-intai anak ikan toman yang cedera untuk dijadikan makanan.

Sebarau mudah dikenali dengan tanda hitam di bahagian tengah badannya..
Cara yang paling mudah ialah dengan membaling gewang di luar kumpulan anak ikan toman  tersebut dan menarik perlahan-lahan mengikut rentak yang diingini ke dalam kumpulan anak ikan toman .

Dengan cara ini, sebarau yang berada di luar kumpulan itu akan cuba membaham gewang berkenaan dan menyebabkan ia tersangkut pada mata kail.

Jika bernasib baik, ibu si toman (yang bersaiz agak besar) akan turut cuba membaham gewang itu yang mungkin padanya satu gangguan pada kumpulan anak-anak toman.

Kelah

Yang paling menjadi kegilaan pemancing ketika di Tasik Kenyir sebenarnya adalah spesies kelah (Tor douronensis).

Tasik Kenyir merupakan lubuk kelah. Satu ketika dahulu kelah sering bermain-main terutama di kawasan Sungai Cacing, Sungai Pertang, Sungai Leban, Sungai Petuang, Sungai Saok dan Sungai Terenggan.

Ikan Kelah.

Namun kini ada sebahagian daripada sungai-sungai itu ditutup untuk memperbanyakkan lagi populasi kelah yang semakin pupus gara-gara angkara orang yang tidak bertanggungjawab menangkapnya dengan menjaring.

Disebabkan keazaman dan usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa di Tasik Kenyir itu, kini kaki pancing yang meminati kawasan tasik itu sudah boleh tersenyum.

Kini dengan hanya mudik ke hulu sungai di kawasan Sungai Terengganu dan meredah hutan ke kawasan jeram selama 10 minit, mereka sudah boleh pulang dengan kelah yang mempunyai saiz antara 500 hingga 3 kilogram.

Tidak perlu lagi berjalan sehingga lapan jam dan meredah kawasan hutan tanpa arah seperti dahulu. Kini pemancing sudah boleh memancing kelah dengan mudah.

habis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan