Halaman

Jumaat, 17 Januari 2014

Ikan Kelah: Impian kaki pancing...

Ikan kelah atau nama saintifiknya Tor tambroides terdiri daripada pelbagai varieti. Selain itu ia dikenali dengan beberapa nama tempatan seperti pelian dan empurau.

Di negara ini ada beberapa kawasan yang menjadi habitat atau kawasan yang paling banyak  ikan kelah.

Ikan Kelah yang terdapat di kawasan Sungai Tembeling.
Antaranya di kawasan sungai berbatu di sungai Kanching, Taman Templer, Sungai Langat, Tasik Chenderoh, Kuala Tahan dan Endau.

Ikan kelah menjadikan hulu sungai sebagai habitat sebagai habitat semula jadi. Ia membesar dengan pantas dan boleh mencapai berat sehingga 60 kilogram.

Di Pahang kawasan yang paling banyak spesis ikan ini adalah di persisiran Sungai Tembeling, Jerantut.

Ada juga yang 'memburu' ikan kelah di kawasan sungai kecil di hutan Hulu Tembeling iaitu Sungai Pengau di Kampung Pagi; Sungai Sepia (Kampung Gusai) dan Sungai Kenyam di Taman Negara Kuala Tahan.

Bagi kaki pancing di Sungai Tembeling dan Sungai Kenyam, tumpuan bukan sahaja aktiviti menangkap ikan kelah  tetapi pemandangan alam sekitar dan aliran anak sungai yang masih lagi terpelihara sehingga memberi ketenangan kepada mereka yang mengunjungi tempat itu.

Kegiatan menangkap ikan kelah atau nama saintifiknya 'Tor Tambroides' dan spesies air tawar lain kebiasaannya dilakukan di lubuk Sungai Tembeling, Sungai Sepia, Sungai Pengau, di Taman Negara Kuala Tahan manakala Lubuk Kayu Ara dan Lata Pegawai di Hutan Lipur Pengau, Hulu Tembeling.

Ikan kelah antara 'ikon' spesies air tawar yang menjadi kegemaran orang ramai kerana keenakan rasa isinya setelah dimasak dengan masakan asam tempoyak, pais tempoyak dan dibakar.

Ikan Kelah yang menjadi idaman kaki pancing

Jadi, tidak hairan jika satu kilogram ikan kelah berharga antara RM120 dan RM140 serta mencecah sehingga ribuan ringgit bagi seekor ikan.

Setiap kali bertelur, ikan kelah biasanya mengeluarkan 15,000 dan 30,000 biji telur dan daripada jumlah itu hanya 10 peratus membesar dengan sempurna serta menjadi induk.

Sebagai Omnivor, makanan utama ikan itu adalah rumpai air, alga, serangga, katak, ikan  kecil dan buah-buahan yang terjatuh ke dalam sungai.

Spesies yang dikenali di kalangan kaki pancing sebagai ' ikan  raja' atau 'raja sungai' itu boleh membesar sehingga 30 sentimeter panjang dengan beratnya antara dua kilogram (kg) hingga tujuh kilogram.

habis

Sabtu, 11 Januari 2014

Badan ikan ada tulisan nama-nama ALLAH...

Besarnya ciptaan yang maha Esa. Itulah kata-kata penulis apabila melihat sendiri ikan aya dibeli seorang pembantu Kemas sebuah kedai di Kuala Pahang di sini tertulis nama-nama Allah dalam tulisan Jawi.

Tulisan nama-nama ALLAH di badan ikan.

Selain itu, turut tertulis di bahagian badan kiri ikan itu adalah 'Muhammadur Rasullah'.

Penulis hanya tergaman apabila melihat ciptaan yang maha Esa ini. Tidak mampu berkata-kata lagi. Walapun dikikis dengan pisau sekalipun, tulisan tersebut tetap ada.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut Zainon Abdullah, 50, pada mulanya dia tidak menyedari perkataan dalam tulisan Jawi lama pada ikan dibelinya dengan berharga RM5.60 itu.

  "Ketika anak saya, Zaidi Zainuddin, 17, hendak menyiang ikan tersebut, dia mendapati terdapat ayat-ayat ditulis dalam tulisan Jawi.


Penulis menunjukkan ikan yang mengandungi tulisa nama-nama ALLAH.

  "Apabila cuba membaca ayat tersebut, saya tidak faham kerana tulisan tersebut seolah-olah menggunakan seni khat Jawi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Rancangan Rumah Murah (RRM) Kuala Pahang di sini hari ini.

  Katanya, dia cuba menghilangkan ayat tersebut, bagaimana pun gagal walaupun dikikis menggunakan pisau.

  "Saya kemudian meminta seorang anak saudara yang belajar bahasa Arab membacanya dan memberitahu bahawa ayat tersebut adalah nama-nama Allah serta beberapa ayat lain.

  "Antara nama Allah yang saya ingat adalah al-Malik selain perkataan 'Muhammadur Rasullah'. Menurut anak saudara saya ada empat nama-nama Allah tetapi saya tidak berapa ingat," katanya.

habis

Rabu, 1 Januari 2014

Gewang di Tasik Kenyir

Tasik Kenyir merupakan kawasan yang sering menjadi pilihan para kaki pancing untuk melepaskan gian mereka memancing.

Tasik yang mempunyai keluasan 24,000 kilometer persegi dan lebih besar daripada keluasan Singapura itu memang tersohor dengan kepelbagaian spesies ikan air tawar termasuk tapah,  toman , sebarau, kejor, baung, lampam dan raja sungai kelah.

antara jenis gewang yang boleh digunakan

Di kawasan ini untuk mencari toman memang mudah. Balingan popper di kawasan tunggul atau pokok kayu yang menjulur keluar di permukaan tasik pastinya akan memberikan hasil yang terbaik.

Toman

Dahulu Tasik Kenyir merupakan lubuk toman malah ada yang mengatakan mereka pernah melihat  toman sebesar tong dram melompat.

spesis Tioman yang ada di Malaysia
Selain menggunakan popper, toman di Tasik Kenyir juga boleh dinaikkan menggunakan umpan anak ikan keli hidup atau anak toman sendiri.

Anak Tioman yang mudah didapati di tasik atau anak sungai
Selain toman, Tasik Kenyir turut hebat dengan spesies sebarau (Hampala macrolepidota) yang turut menghuni perairannya.

Spesies bersisik ini juga dikatakan rakus memakan umpan gewang pelbagai jenis dan turut boleh dipancing di kawasan terbuka termasuk di kawasan lubuk sekitar tunggul.

Sebarau

Menariknya, kepada kaki pancing tegar yang sudah biasa di Tasik Kenyir, untuk mendapatkan sebarau pada mereka mungkin mudah iaitu hanya dengan melihat gerombolan anak ikan toman  yang bermain di permukaan air.

Sebarau dikatakan sering mengintai-intai anak ikan toman yang cedera untuk dijadikan makanan.

Sebarau mudah dikenali dengan tanda hitam di bahagian tengah badannya..
Cara yang paling mudah ialah dengan membaling gewang di luar kumpulan anak ikan toman  tersebut dan menarik perlahan-lahan mengikut rentak yang diingini ke dalam kumpulan anak ikan toman .

Dengan cara ini, sebarau yang berada di luar kumpulan itu akan cuba membaham gewang berkenaan dan menyebabkan ia tersangkut pada mata kail.

Jika bernasib baik, ibu si toman (yang bersaiz agak besar) akan turut cuba membaham gewang itu yang mungkin padanya satu gangguan pada kumpulan anak-anak toman.

Kelah

Yang paling menjadi kegilaan pemancing ketika di Tasik Kenyir sebenarnya adalah spesies kelah (Tor douronensis).

Tasik Kenyir merupakan lubuk kelah. Satu ketika dahulu kelah sering bermain-main terutama di kawasan Sungai Cacing, Sungai Pertang, Sungai Leban, Sungai Petuang, Sungai Saok dan Sungai Terenggan.

Ikan Kelah.

Namun kini ada sebahagian daripada sungai-sungai itu ditutup untuk memperbanyakkan lagi populasi kelah yang semakin pupus gara-gara angkara orang yang tidak bertanggungjawab menangkapnya dengan menjaring.

Disebabkan keazaman dan usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa di Tasik Kenyir itu, kini kaki pancing yang meminati kawasan tasik itu sudah boleh tersenyum.

Kini dengan hanya mudik ke hulu sungai di kawasan Sungai Terengganu dan meredah hutan ke kawasan jeram selama 10 minit, mereka sudah boleh pulang dengan kelah yang mempunyai saiz antara 500 hingga 3 kilogram.

Tidak perlu lagi berjalan sehingga lapan jam dan meredah kawasan hutan tanpa arah seperti dahulu. Kini pemancing sudah boleh memancing kelah dengan mudah.

habis