Halaman

Selasa, 6 Oktober 2015

Misteri ikan tapah

 IKAN  tapah atau nama saintifiknya Wallago Attu merupakan antara  ikan  air tawar terbesar yang ditemui di negara-negara beriklim tropika seperti negara ini, Indonesia, Thailand, Vietnam, India dan Bangladesh.

Spesies  ikan  yang biasanya menghuni kawasan berlumpur di sungai dan  tasik  ini dikatakan mampu membesar sehingga mencapai berat ratusan kilogram dengan panjang mencecah beberapa meter.

Di Malaysia,  ikan  tapah bukan sahaja menjadi buruan golongan pemancing tetapi turut dikaitkan dengan pelbagai kisah misteri dan aneh yang sebahagiannya masih lagi tidak terungkai.

Antara cerita yang sering menjadi topik perbualan adalah mengenai sumpahan atau larangan memakan  ikan  tapah bagi penduduk di kawasan pesisir Sungai Perak khususnya di sekitar Bota dan Lambor.

Kisah-kisah daripada kumpulan pemancing tegar pula menggambarkan  ikan  tapah sebagai  ikan  yang agresif. Cerita tapah sebesar perahu yang mencari makan dengan menyambar monyet yang bergayutan di dahan-dahan pokok sememangnya popular di beberapa  tasik  utama seperti Kenyir,  Chini  dan Sungai Pahang.

Bahkan ada yang menceritakan  ikan  bermulut leper seperti  ikan  baung itu pernah menyambar seorang wanita yang sedang membasuh pakaian di tebing sungai. Namun sejauh mana kebenaran kejadian itu tidak pula dapat dipastikan.

end///

2 ulasan:

  1. Hey bro... naper tak try kat Bakun Dam diSarawak. Tapah sana boleh la tahan. Iban mancing tapah kat sana guna gelen plastik 4 gelen sebagai pelampung dan monyet sebagai umpan. Saiz dia boleh la tahan.

    BalasPadam
  2. Hey bro... naper tak try kat Bakun Dam diSarawak. Tapah sana boleh la tahan. Iban mancing tapah kat sana guna gelen plastik 4 gelen sebagai pelampung dan monyet sebagai umpan. Saiz dia boleh la tahan.

    BalasPadam