KUANTAN 10 Sept. 2015 - Seramai
135 peserta dari seluruh dunia menyertai pertandingan memancing berprestij Royal
Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) yang berlangsung selama tiga
hari bermula Sabtu ini.
Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Pahang, Edros Yahya berkata, pertandingan memancing ikan berparuh
seperti mersuji dan layaran dengan gaya tangkap dan lepas edisi ke-11 itu
menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM60,000.
" Sebanyak 45 buah bot
terlibat dalam penyertaan kali ini dan penyertaan masih dibuka kepada kaki
pancing sehingga malam esok.
" Bagaimanapun, peserta pada saat-saat akhir
ini perlu mencari bot sendiri sebelum membuat pendaftaran. Yuran penyertaan
adalah sebanyak RM400 seorang dengan tiga orang bagi satu kumpulan atau sebuah
bot," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Edros,
sebanyak 65 peratus peserta dari luar negara seperti New Zealand, Australia,
Indonesia, Singapura, China, Jepun dan Filipina.
" RPBIC sebalum ini
turut mendapat pengiktirafan The Billfish Foundation di Miami, Amerika Syarikat
dan berjaya memasuki sirkit International Game Fishing Association
(IGFA).
" Oleh sebab itu, ikan layaran ini turut dijadikan salah satu
produk pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung terutama kaki pancing ke
Rompin dan negeri ini amnya," jelasnya.
Tambahnya, Pengerusi Jawatankuasa
Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin
dijadualkan akan melepaskan para peserta pada Sabtu ini pada pukul 7.30 pagi di
jeti Pantai Bernas, Rompin.
" Manakala, bagi acara penyampaian hadiah
pula dijangka berlangsung di Lanjut Golden Beach Resort, Rompin pada pukul 8
malam pada Ahad ini," jelasnya.
end
Tiada ulasan:
Catat Ulasan