Halaman

Jumaat, 12 September 2014

IKAN STURGEON

Baru-baru ini kecoh mengenai projek ikan penternakkan ikan sturgeon di Kuala Tahan, ramai yang bantah terutamanya penduduk tempatan.

Kata penduduk di kawasan tersebut, projek itu perlu menilai semula projek berkenaan yang dilihat terletak terlalu hampir dengan Taman Negara.


Malahan kata mereka pembangunan di kawasan yang sensitif perlu dilakukan secara berhati-hati memandangkan kawasan itu adalah kawasan penampan kepada Taman Negara yang mendapat perhatian dunia.

Projek penternakan ikan sturgeon seluas 13.8 hektar di Kuala Tahan itu  didakwa menjejaskan eko-pelancongan di Taman Negara.

Ekoran bantahan itu, projek bernilai RM120 juta itu kini terpaksa dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada penilaian terperinci Impak Alam Sekitar (DEIA).

Ok apa itu ikan sturgeon... (Wikipedia)

Ikan Sturgeon Bintang (nama saintifik: Acipenser stellatus), juga di kenali sebagaiUzun Burun (Turki:hidung panjang) dan Drakul, ialah spesies ikan sturgeon yang hidup di lembangan Laut Hitam, Laut Azov, dan Laut Caspian, tetapi jarang ditemui diLaut Adriatik. Ikan ini boleh mencapai 220 sentimeter (melebihi 7 kaki) panjangnya, dan sehingga 80 kilogram (lebih kurang 180 paun) beratnya. Usia maksimum yang dilaporkan untuk spesies ini ialah 27 tahun.

Ikan Sturgeon Bintang ialah spesies yang tidak berbahaya dan merupakan spesies komersil yang penting. Ia adalah salah satu daripada tiga spesies yang terpenting, bersama-sama dengan ikan Strugeon Beluga dan ikan Sturgeon Parsi, keranakaviarnya. Dagingnya dianggap sebagai suatu makanan istimewa yang mahal di kawasan Caspian, selain daripada digunakan untuk membuat kebab atau dimakan secara goreng, panggang, atau salai.


Terdapat banyak percubaan di Rusia, Iran, Itali, dan Amerika Syarikat untuk menyesuaikan Ikan Sturgeon Bintang bagi tujuan akuakultur, dengan berbagai-bagai tahap kejayaan. Daya pemulihan spesies ini agak rendah. Tempoh mengganda populasi yang minimum ialah 4.5 - 14 tahun. Ikan Sturgeon Bintang telah dikelaskan sebagai spesies terancam, dengan perdagangan keluaran yang diperbuat daripada bahagian-bahagian tubuhnya dibatasi oleh CITES.


Sebab apa ikan ikan ini dibantah...

Dikatakan apabila ikan ini membesar boleh mengganggu ekosistem perikanan di kawasan taman negara itu, Selain itu juga ikan ini dikatakan sebagai ikan tidak boleh diimport dan dibela di dalam negara. Ini kerana ikan ini jenis pemangsa yang akan memusnahkan ikan-ikan tempatan...