Halaman

Rabu, 12 Februari 2014

Kuala Rompin Lubuk Layaran

Kuala Rompin sudah begitu sinonim sebagai destinasi memancing atau lubuk ‘Sport Fishing’ di Pahang kerana perairannya yang kaya dengan spesies ikan layaran .

Bagi pemancing tegar, mereka tidak dianggap pemancing handalan jika tidak pernah menguji kemahiran memburu dan menjinakkan ikan layaran perairan Kuala Rompin .

Ikan layaran di perairan Rompin (Gambar berita harian)
Ikan layaran  telah mengangkat nama Kuala Rompin bukan sahaja ‘gah’ di kalangan kaki pancing negara ini tetapi namanya turut tercatat dalam peta dunia sebagai destinasi memancing yang turut menjadi tumpuan pemancing seluruh dunia.

Namun begitu, Kuala  Rompin  bukan satu-satunya destinasi memancing yang terdapat di Pahang. Terdapat banyak lagi kawasan memancing yang mampu memberikan cabaran dan kepuasan bagi peminat aktiviti memancing.

Selain Kuala Rompin , destinasi yang semakin mendapat tempat di kalangan kaki pancing dari seluruh negara ialah Kuala Pahang, sebuah perkampungan nelayan yang terletak di daerah Pekan.

ikan layaran
Selain menjadi tumpuan bagi kaki pancing yang datang secara individu, berkeluarga atau berkumpulan untuk melepaskan ‘gian’ memancing, Kuala Pahang juga kini popular menjadi pilihan sebagai lokasi pertandingan memancing.

Pelbagai cara digunakan oleh kaki pancing untuk memikat  layaran  menggunakan popper di kawasan perairan Rompin .

Di kalangan pemancing popper, cara yang paling digemari ialah skitting, walk-the-dog dan dead swing dan ia mudah untuk dilakukan.
antara popper yang boleh digunakan
Kaedah skitting begitu mudah. Kaki pancing hanya perlu melontar dan mengunci mesin kekili supaya ketika gewang itu menyentuh air, ia sudah beraksi seperti ditarik.

Sebaik singgah di permukaan, mesin kekili perlu dikarau secepat mungkin manakala hujung joran dibiarkan berada pada paksi melintang selari dengan permukaan laut dan mengarah ke gewang.

Ini bagi membolehkan kaki pancing menyentap gewang dengan pantas ketika ia dimakan  ikan  tanpa ada kelonggaran tali di antara gewang dan joran.

Ketika karauan laju, gewang pasti akan melompat-lompat di permukaan laut dan ini sedikit sebanyak memberikan kocakan di bahagian mata kail.


Ketika itu juga, kepala gewang akan berada di luar air dan ini amat bersesuaian untuk menjinakkan  ikan  daripada spesies trevally.

Dalam kaedah ini, ramai kaki pancing akan menggunakan pencil popper.

Bagi kaedah walk-the-dog pula, ia merupakan cara terbaik untuk semua jenis  ikan  dan ini adalah teknik yang digunakan jika ketika itu pelbagai spesies  ikan  berada di kawasan memancing.

Malah ada pemancing yang menyukai teknik ini kerana ia membolehkan  ikan  yang bergerak agak perlahan menyambar umpan tersebut.

Teknik ini juga dikatakan mampu disambar oleh  ikan  merah ketika kaki pancing mengurangkan kelajuan karauan popper berkenaan.


Walk-the-dog dilakukan dengan mengarau kekili dengan merendahkan hujung joran menghadap ke arah permukaan laut dan kemudian dengan tempo yang sama ia dikarau sebanyak satu atau setengah pusingan seolah-olah sedang menarik tali layang-layang.

Gewang ini akan kelihatan bergerak secara zig-zag di permukaan dan akan mengeluarkan kocakan kuat di sekeliling kawasan lontaran gewang.

Cara ini tidak memberikan banyak limpahan air tetapi ia pasti akan memanggil  ikan .

Bagi kaedah dead swing pula, ia sering digunakan pada popper stick bait, terutama yang bersaiz agak besar.

habis



Jumaat, 17 Januari 2014

Ikan Kelah: Impian kaki pancing...

Ikan kelah atau nama saintifiknya Tor tambroides terdiri daripada pelbagai varieti. Selain itu ia dikenali dengan beberapa nama tempatan seperti pelian dan empurau.

Di negara ini ada beberapa kawasan yang menjadi habitat atau kawasan yang paling banyak  ikan kelah.

Ikan Kelah yang terdapat di kawasan Sungai Tembeling.
Antaranya di kawasan sungai berbatu di sungai Kanching, Taman Templer, Sungai Langat, Tasik Chenderoh, Kuala Tahan dan Endau.

Ikan kelah menjadikan hulu sungai sebagai habitat sebagai habitat semula jadi. Ia membesar dengan pantas dan boleh mencapai berat sehingga 60 kilogram.

Di Pahang kawasan yang paling banyak spesis ikan ini adalah di persisiran Sungai Tembeling, Jerantut.

Ada juga yang 'memburu' ikan kelah di kawasan sungai kecil di hutan Hulu Tembeling iaitu Sungai Pengau di Kampung Pagi; Sungai Sepia (Kampung Gusai) dan Sungai Kenyam di Taman Negara Kuala Tahan.

Bagi kaki pancing di Sungai Tembeling dan Sungai Kenyam, tumpuan bukan sahaja aktiviti menangkap ikan kelah  tetapi pemandangan alam sekitar dan aliran anak sungai yang masih lagi terpelihara sehingga memberi ketenangan kepada mereka yang mengunjungi tempat itu.

Kegiatan menangkap ikan kelah atau nama saintifiknya 'Tor Tambroides' dan spesies air tawar lain kebiasaannya dilakukan di lubuk Sungai Tembeling, Sungai Sepia, Sungai Pengau, di Taman Negara Kuala Tahan manakala Lubuk Kayu Ara dan Lata Pegawai di Hutan Lipur Pengau, Hulu Tembeling.

Ikan kelah antara 'ikon' spesies air tawar yang menjadi kegemaran orang ramai kerana keenakan rasa isinya setelah dimasak dengan masakan asam tempoyak, pais tempoyak dan dibakar.

Ikan Kelah yang menjadi idaman kaki pancing

Jadi, tidak hairan jika satu kilogram ikan kelah berharga antara RM120 dan RM140 serta mencecah sehingga ribuan ringgit bagi seekor ikan.

Setiap kali bertelur, ikan kelah biasanya mengeluarkan 15,000 dan 30,000 biji telur dan daripada jumlah itu hanya 10 peratus membesar dengan sempurna serta menjadi induk.

Sebagai Omnivor, makanan utama ikan itu adalah rumpai air, alga, serangga, katak, ikan  kecil dan buah-buahan yang terjatuh ke dalam sungai.

Spesies yang dikenali di kalangan kaki pancing sebagai ' ikan  raja' atau 'raja sungai' itu boleh membesar sehingga 30 sentimeter panjang dengan beratnya antara dua kilogram (kg) hingga tujuh kilogram.

habis

Sabtu, 11 Januari 2014

Badan ikan ada tulisan nama-nama ALLAH...

Besarnya ciptaan yang maha Esa. Itulah kata-kata penulis apabila melihat sendiri ikan aya dibeli seorang pembantu Kemas sebuah kedai di Kuala Pahang di sini tertulis nama-nama Allah dalam tulisan Jawi.

Tulisan nama-nama ALLAH di badan ikan.

Selain itu, turut tertulis di bahagian badan kiri ikan itu adalah 'Muhammadur Rasullah'.

Penulis hanya tergaman apabila melihat ciptaan yang maha Esa ini. Tidak mampu berkata-kata lagi. Walapun dikikis dengan pisau sekalipun, tulisan tersebut tetap ada.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut Zainon Abdullah, 50, pada mulanya dia tidak menyedari perkataan dalam tulisan Jawi lama pada ikan dibelinya dengan berharga RM5.60 itu.

  "Ketika anak saya, Zaidi Zainuddin, 17, hendak menyiang ikan tersebut, dia mendapati terdapat ayat-ayat ditulis dalam tulisan Jawi.


Penulis menunjukkan ikan yang mengandungi tulisa nama-nama ALLAH.

  "Apabila cuba membaca ayat tersebut, saya tidak faham kerana tulisan tersebut seolah-olah menggunakan seni khat Jawi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Rancangan Rumah Murah (RRM) Kuala Pahang di sini hari ini.

  Katanya, dia cuba menghilangkan ayat tersebut, bagaimana pun gagal walaupun dikikis menggunakan pisau.

  "Saya kemudian meminta seorang anak saudara yang belajar bahasa Arab membacanya dan memberitahu bahawa ayat tersebut adalah nama-nama Allah serta beberapa ayat lain.

  "Antara nama Allah yang saya ingat adalah al-Malik selain perkataan 'Muhammadur Rasullah'. Menurut anak saudara saya ada empat nama-nama Allah tetapi saya tidak berapa ingat," katanya.

habis

Rabu, 1 Januari 2014

Gewang di Tasik Kenyir

Tasik Kenyir merupakan kawasan yang sering menjadi pilihan para kaki pancing untuk melepaskan gian mereka memancing.

Tasik yang mempunyai keluasan 24,000 kilometer persegi dan lebih besar daripada keluasan Singapura itu memang tersohor dengan kepelbagaian spesies ikan air tawar termasuk tapah,  toman , sebarau, kejor, baung, lampam dan raja sungai kelah.

antara jenis gewang yang boleh digunakan

Di kawasan ini untuk mencari toman memang mudah. Balingan popper di kawasan tunggul atau pokok kayu yang menjulur keluar di permukaan tasik pastinya akan memberikan hasil yang terbaik.

Toman

Dahulu Tasik Kenyir merupakan lubuk toman malah ada yang mengatakan mereka pernah melihat  toman sebesar tong dram melompat.

spesis Tioman yang ada di Malaysia
Selain menggunakan popper, toman di Tasik Kenyir juga boleh dinaikkan menggunakan umpan anak ikan keli hidup atau anak toman sendiri.

Anak Tioman yang mudah didapati di tasik atau anak sungai
Selain toman, Tasik Kenyir turut hebat dengan spesies sebarau (Hampala macrolepidota) yang turut menghuni perairannya.

Spesies bersisik ini juga dikatakan rakus memakan umpan gewang pelbagai jenis dan turut boleh dipancing di kawasan terbuka termasuk di kawasan lubuk sekitar tunggul.

Sebarau

Menariknya, kepada kaki pancing tegar yang sudah biasa di Tasik Kenyir, untuk mendapatkan sebarau pada mereka mungkin mudah iaitu hanya dengan melihat gerombolan anak ikan toman  yang bermain di permukaan air.

Sebarau dikatakan sering mengintai-intai anak ikan toman yang cedera untuk dijadikan makanan.

Sebarau mudah dikenali dengan tanda hitam di bahagian tengah badannya..
Cara yang paling mudah ialah dengan membaling gewang di luar kumpulan anak ikan toman  tersebut dan menarik perlahan-lahan mengikut rentak yang diingini ke dalam kumpulan anak ikan toman .

Dengan cara ini, sebarau yang berada di luar kumpulan itu akan cuba membaham gewang berkenaan dan menyebabkan ia tersangkut pada mata kail.

Jika bernasib baik, ibu si toman (yang bersaiz agak besar) akan turut cuba membaham gewang itu yang mungkin padanya satu gangguan pada kumpulan anak-anak toman.

Kelah

Yang paling menjadi kegilaan pemancing ketika di Tasik Kenyir sebenarnya adalah spesies kelah (Tor douronensis).

Tasik Kenyir merupakan lubuk kelah. Satu ketika dahulu kelah sering bermain-main terutama di kawasan Sungai Cacing, Sungai Pertang, Sungai Leban, Sungai Petuang, Sungai Saok dan Sungai Terenggan.

Ikan Kelah.

Namun kini ada sebahagian daripada sungai-sungai itu ditutup untuk memperbanyakkan lagi populasi kelah yang semakin pupus gara-gara angkara orang yang tidak bertanggungjawab menangkapnya dengan menjaring.

Disebabkan keazaman dan usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa di Tasik Kenyir itu, kini kaki pancing yang meminati kawasan tasik itu sudah boleh tersenyum.

Kini dengan hanya mudik ke hulu sungai di kawasan Sungai Terengganu dan meredah hutan ke kawasan jeram selama 10 minit, mereka sudah boleh pulang dengan kelah yang mempunyai saiz antara 500 hingga 3 kilogram.

Tidak perlu lagi berjalan sehingga lapan jam dan meredah kawasan hutan tanpa arah seperti dahulu. Kini pemancing sudah boleh memancing kelah dengan mudah.

habis

Khamis, 7 Februari 2013

Pulau Tioman...

Kali ini saja je nak ubah topik, nak cerita sedikit mengenai Pulau Tioman. Mungkin ramai yang pernah datang ke sini namun masih ada yang belum. Jadi aku nak berita sikit la pengalaman aku pernah ke sana.

Sebelum ini walaupun aku nie anak Pahang tidak pernah jejak sekali pun ke Pulau Tioman, namun selepas dipindahkan ke Kuantan barulah aku berpeluang untuk ke sana.

Pengalaman pertama naik feri, memang agak lama kira-kira sejam lebih namun puas hati sebab nampak permandangan pulau-pulau di sekitar Tioman ini.

Sampai je di sana kita akan nampak anak-anak ikan bermain di tepi feri untuk cari makanan, memang puas hati la, tak sangka di Pahang nie masih ada lagi tempat yang cantik seperti itu.

Selepas itu banyak kali jugaklah aku ke Tioman. Ada satu tu siap balik hari lagi tetapi balik dan pergi naik speed boat Jabatan Taman Laut la. Memang la laju tak sampai 40 minit pun. Tetapi puas la.


Ok nie ada sedikit artikel  nak kongsi sikit dengan kawan-kawan semua. - yen-

---------------------------------------------------------------------------------------

SESIAPA saja pasti akan jatuh cinta pada keindahan panorama Pulau Tioman. Pulau yang bergelar syurga taman laut dan pantai itu adalah salah satu tarikan pelancongan utama yang terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia, antara sempadan Pahang dan Johor.

Keunikan Pulau  Tioman  yang menghadap perairan Laut China Selatan itu dek kerana hamparan pantai putih lagi halus dan laut biru kehijauan serta hidupan laut seperti terumbu karang dan spesis ikan yang berwarna-warni.

Pulau yang terkenal di kalangan peminat sukan menyelam itu memiliki keluasan 39 kilometer (km) panjang dan 12 km lebar serta berhampiran dengan beberapa buah pulau kecil seperti Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Dayang, Pulau Pinang dan Pulau Tulai.

Ada beberapa kampung yang terdapat di Pulau  Tioman . Antaranya ialah Tekek, Paya, Juara, Air Batang, Salang, Mukut, Genting dan Nipah. Hanya Kampung Juara yang menghadap Laut China Selatan manakala yang lain menghadap Semenanjung Malaysia.

Jika anda mengunjungi Pulau Tioman dalam masa terdekat ini, pulau itu baru sahaja melalui musim sepinya iaitu musim tengkujuh.

Musim sepi itu tidak melibatkan aktiviti pelancongan sejak Disember, Januari dan Februari lalu kerana ombaknya mampu mencapai ketinggian lima meter dan boleh menenggelamkan bot.

Kebanyakan resort juga yang terdapat di pulau tersebut tidak beroperasi ketika itu.
Terdapat banyak resort dan calet yang cantik dan murah untuk anda berehat di tepi pantai yang menawarkan harga yang berpatutan tetapi selesa.

Jika anda berhajat untuk mencari ketenangan, Sun Beach Resort adalah pilihan terbaik. Suasana yang aman damai serta sunyi di resort tersebut cukup mendamaikan sama ada untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, keluarga dan rakan-rakan.

Apa yang lebih istimewa di Sun Beach Resort, pengunjung berpeluang menikmati suasana serba tradisional bermula daripada rekaan calet berkonsep tropika, cara layanan serta menu makanan.

Resort yang terletak di sepanjang pantai Kampung Genting menjadi tempat paling sesuai dan menarik untuk aktiviti snorkeling serta memancing ikan.

Bagi kemudahan rekreasi penghuni, resort berkenaan bukan saja menawarkan penginapan yang cukup selesa tetapi juga kemudahan lain.

Antaranya bot untuk mengelilingi pulau, kayak, peralatan menyelam dan snorkeling. Sewa untuk setiap kemudahan tersebut mengikut kadar yang ditetapkan oleh resort itu sendiri.

Kawasan perairan di sekitar Pulau  Tioman  tidak dinafikan menjadi kawasan utama untuk penyelam kerana keindahan terumbu karang serta kehidupan laut yang lain.

Kehidupan laut di situ cukup terpelihara dan sesiapa yang menceroboh serta merosakkan hidupan laut itu akan didakwa.

Keadaan pulau pula lebih menarik apabila anda berkesempatan melihat waktu terbit dan terbenamnya matahari.

Malam merupakan saat yang ditunggu-tunggu kebanyakan pelancong di sini kerana Pulau Tioman  adalah tempat paling sesuai bagi mereka yang mencintai alam semulajadi.

Bagi mereka yang benar-benar menghayatinya, keindahan yang terpancar, sukar dijelaskan dengan kata-kata. Bayangkan anda duduk di tepi pantai dalam suasana yang damai hanya bertemankan bunyi hempasan ombak bersama kilauan bulan yang terang.

IKAN HARUAN


Mungkin ramai yang suka memancing tetapi tidak tahu asal usul ikan haruan ini. Nie aku ada bagi sedikit info mengenai Ikan Haruan ini. Info ini aku ambil dalam Wikipedia betul atau tidak aku pun tidak pasti.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa serta boleh didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. 
Ikan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil iaitu ikan haruan (Channa striatus).
Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.
Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur.
Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nie beberapa contoh ikan haruan yang pernah aku dapat. Ikan ini memang galak kalau kita menggunakan gewang. Walaupun kecil jika sekali dia merentap gewang pasti kita teruja. Ikan ini pula mudah untuk ditangkap kerana ia mampu mudah hidup walaupun di dalam air yang cetek.--yen--





Rabu, 30 Januari 2013

Aktiviti memancing terbengkalai

Waaa dah lama rupanya aku tak mancing, rasanya ada la dalam setahun. Labah-labah pun dah bersarang kar mancing-mancing aku nie, rasanya tak lama lagi boleh la mula memancing nie, nie sume gambar-gambar barang memancing yang aku bersihkan baru-baru ini....