Halaman

Rabu, 12 Februari 2014

Kuala Rompin Lubuk Layaran

Kuala Rompin sudah begitu sinonim sebagai destinasi memancing atau lubuk ‘Sport Fishing’ di Pahang kerana perairannya yang kaya dengan spesies ikan layaran .

Bagi pemancing tegar, mereka tidak dianggap pemancing handalan jika tidak pernah menguji kemahiran memburu dan menjinakkan ikan layaran perairan Kuala Rompin .

Ikan layaran di perairan Rompin (Gambar berita harian)
Ikan layaran  telah mengangkat nama Kuala Rompin bukan sahaja ‘gah’ di kalangan kaki pancing negara ini tetapi namanya turut tercatat dalam peta dunia sebagai destinasi memancing yang turut menjadi tumpuan pemancing seluruh dunia.

Namun begitu, Kuala  Rompin  bukan satu-satunya destinasi memancing yang terdapat di Pahang. Terdapat banyak lagi kawasan memancing yang mampu memberikan cabaran dan kepuasan bagi peminat aktiviti memancing.

Selain Kuala Rompin , destinasi yang semakin mendapat tempat di kalangan kaki pancing dari seluruh negara ialah Kuala Pahang, sebuah perkampungan nelayan yang terletak di daerah Pekan.

ikan layaran
Selain menjadi tumpuan bagi kaki pancing yang datang secara individu, berkeluarga atau berkumpulan untuk melepaskan ‘gian’ memancing, Kuala Pahang juga kini popular menjadi pilihan sebagai lokasi pertandingan memancing.

Pelbagai cara digunakan oleh kaki pancing untuk memikat  layaran  menggunakan popper di kawasan perairan Rompin .

Di kalangan pemancing popper, cara yang paling digemari ialah skitting, walk-the-dog dan dead swing dan ia mudah untuk dilakukan.
antara popper yang boleh digunakan
Kaedah skitting begitu mudah. Kaki pancing hanya perlu melontar dan mengunci mesin kekili supaya ketika gewang itu menyentuh air, ia sudah beraksi seperti ditarik.

Sebaik singgah di permukaan, mesin kekili perlu dikarau secepat mungkin manakala hujung joran dibiarkan berada pada paksi melintang selari dengan permukaan laut dan mengarah ke gewang.

Ini bagi membolehkan kaki pancing menyentap gewang dengan pantas ketika ia dimakan  ikan  tanpa ada kelonggaran tali di antara gewang dan joran.

Ketika karauan laju, gewang pasti akan melompat-lompat di permukaan laut dan ini sedikit sebanyak memberikan kocakan di bahagian mata kail.


Ketika itu juga, kepala gewang akan berada di luar air dan ini amat bersesuaian untuk menjinakkan  ikan  daripada spesies trevally.

Dalam kaedah ini, ramai kaki pancing akan menggunakan pencil popper.

Bagi kaedah walk-the-dog pula, ia merupakan cara terbaik untuk semua jenis  ikan  dan ini adalah teknik yang digunakan jika ketika itu pelbagai spesies  ikan  berada di kawasan memancing.

Malah ada pemancing yang menyukai teknik ini kerana ia membolehkan  ikan  yang bergerak agak perlahan menyambar umpan tersebut.

Teknik ini juga dikatakan mampu disambar oleh  ikan  merah ketika kaki pancing mengurangkan kelajuan karauan popper berkenaan.


Walk-the-dog dilakukan dengan mengarau kekili dengan merendahkan hujung joran menghadap ke arah permukaan laut dan kemudian dengan tempo yang sama ia dikarau sebanyak satu atau setengah pusingan seolah-olah sedang menarik tali layang-layang.

Gewang ini akan kelihatan bergerak secara zig-zag di permukaan dan akan mengeluarkan kocakan kuat di sekeliling kawasan lontaran gewang.

Cara ini tidak memberikan banyak limpahan air tetapi ia pasti akan memanggil  ikan .

Bagi kaedah dead swing pula, ia sering digunakan pada popper stick bait, terutama yang bersaiz agak besar.

habis



Tiada ulasan:

Catat Ulasan