Mungkin ramai yang suka memancing tetapi tidak tahu asal usul ikan haruan ini. Nie aku ada bagi sedikit info mengenai Ikan Haruan ini. Info ini aku ambil dalam Wikipedia betul atau tidak aku pun tidak pasti.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa serta boleh didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara.
Ikan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil iaitu ikan haruan (Channa striatus).
Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.
Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur.
Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nie beberapa contoh ikan haruan yang pernah aku dapat. Ikan ini memang galak kalau kita menggunakan gewang. Walaupun kecil jika sekali dia merentap gewang pasti kita teruja. Ikan ini pula mudah untuk ditangkap kerana ia mampu mudah hidup walaupun di dalam air yang cetek.--yen--
Tiada ulasan:
Catat Ulasan