Spesies sesirat amat dibenci setiap pemancing pantai mahupun laut kerana bau hanyirnya dikatakan boleh menjauhkan sama sekali spesies ikan yang diburu.
Bagi yang tidak tahu ikan sesirat ini kebiasaan hidup dikuala ataupun dimuara ataupun ada ditepian pantai jika ia mengenakan perambut maka ia akan mengeluarkan minyak daripada badannya dan menyebabkan perambut kita akan berbau. Dan ini akan menyebabkan ikan lain tidak akan makan umpan yang kita letak selepas itu.
Jika sesirat memakan umpan dan membelit tali makan pemancing perlulah memotong sebahagian tali pancing masing-masing bagi mengelak hanyir ikan itu melekat sekali gus menjauhkan ikan lain mendekati umpan.
Ini adalah ikan sesirat yang aku dapat, agak besar ikan sesirat ini dan ia agak menggelikan kerana seakan-akan bentuk seperti ular.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan