Halaman

Selasa, 3 Mei 2011

Ikan senangin Sungai Kuantan...

Baru-baru ini ketika aku melepaskan gian memancing di Sungai Kuantan tiba-tiba mancing aku direntap kuat oleh seekor ikan iaitu Ikan Senangin. Boleh tahan juga dia rentapan menyebabkan mancing aku hampir masuk ke dalam sungai, kira-kira lima minit bertarung akhirnya seekor ikan senangin setengah kilo berjaya dinaikkan. Ini kali kedua aku berjaya naikkan ikan senangin tapi aku tak pasti adakah ini ikan senangin atau kurau.

Senangin adalah ikan laut yang berwarna keperakan dan biasa hidup berkumpulan. Jenis ikan ini biasanya ditemukan pada saat air pasang tapi tidak terlalu tinggi dan biasanya pada keadaan air yang agak jernih. Spesiesnya antara lain meliputi Eleutheronema tetradactylum, Polynemus paradiseus, Polydactylus sextarius, dan Plotosus canius.

 Nie ikan senanginnyer.. boleh tahan besar.



nie ikan gelama je tapi ibu gelama, besar jugak..

Khamis, 14 April 2011

Ikan jemuduk di Muara Sungai Kuantan...

Baru-baru ini ketika aku mancing di muara sungai kuantan, aku dapat banyak anak ikan jemuduk sebesar lima jari. setahu aku ikan jemuduk ini hanya ada di laut dan tidak ada di muara. Hairan juga aku. ni gambar aku mancing dan ikan jemuduk yang aku dapat.




Ahad, 10 April 2011

Album gambar memancing lama......

Ini antara gambar-gambar lama aku memancing. Ada mancing kat sungai ada mancing dekat kuala dan pantai, tetapi biasa je dapat ikan. Kebanyakkan gambar ini adalah antara yang mula-mula aku belajar memancing tetapi lama kelamaan bolehlah pandai, apa-apa pun tengoklah gambar nie..

ni gambar ikan gelama tapi agak besar, aku mancing masa mula-mula Esplanade Tanjung api tengah dalam proses pembinaan




 
Ketiga-tiga gambar Nie pula ikan haruan aku mancing dekat projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan Lanchang, Temerloh.


Nie mancing dekat Kuala Kangkong, Kedah, masa balik kampung...


Nie kerapu aku dapat dekat Kuala Penor, Pekan


Ha nie teman serumah aku, bukan dia yang dapat pari nie tapi ada sorg lagi, mancing dekat telok cempedak, besar jugaklah..


Nie ikan haruan jugak, aku gewang dekat kuala sentul, ikan nie ada dekat kawasan air deras dan jenis..

Sesirat...

Spesies sesirat amat dibenci setiap pemancing pantai mahupun laut kerana bau hanyirnya dikatakan boleh menjauhkan sama sekali spesies ikan yang diburu.

Bagi yang tidak tahu ikan sesirat ini kebiasaan hidup dikuala ataupun dimuara ataupun ada ditepian pantai jika ia mengenakan perambut maka ia akan mengeluarkan minyak daripada badannya dan menyebabkan perambut kita akan berbau. Dan ini akan menyebabkan ikan lain tidak akan makan umpan yang kita letak selepas itu.

Jika sesirat memakan umpan dan membelit tali makan pemancing perlulah memotong sebahagian tali pancing masing-masing bagi mengelak hanyir ikan itu melekat sekali gus menjauhkan ikan lain mendekati umpan.

Ini adalah ikan sesirat yang aku dapat, agak besar ikan sesirat ini dan ia agak menggelikan kerana seakan-akan bentuk seperti ular.

Ikan lepu atau depu

Lepu atau adalah spesies ikan laut yang beracun yang tergabung dalam jenis Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dari keluarga Scorpaenidae. Lepu merupakan spesies predator. Ketika berburu, mereka akan menyedut buruannya dengan sirip besarnya dan dengan refleks cepatnya mereka menekan buruannya sekaligus. Lepu dikenal karana durinya yang panjang dan memiliki warna merah, coklat, kuning, hitam atau putih. Kelompok ikan ini diklasifikasikan sebagai sebuah subfamili atau sebuah suku di bawah Scorpaeninae (Pteroini).

Habitat Lepu berada di bebatuan karang wilayah Indo-Pasifik. Beberapa spesies juga ditemukan di pantai timur Atlantik dari Long Island sampai Florida (sumber wikipedia)

Baru-baru ketika aku mancing di muara sungai Kuantan dekat Tanjung Api, aku berjaya menaikkan seekor ikan pelik yang bernama ikan depu. Menurut seorang kaki pancing di situ ikan ini amat berbisa dan mempunyai dua bisa di atas kepada yang boleh menyebabkan seseorang itu pengsan. Jadi kepada para pemancing silalah berhati-hati ketika mengendalikan ikan ini yer...

Khamis, 7 April 2011

Ikan haruan...

Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).

Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram. (Sumber-wikipedia)

Nie gambar aku mancing ikan haruan semalam dekat Tanjung Lumpur dalam kawasan pembinaan Marina tu.. Kecik je tapi ganas betul ikan nie..

Rabu, 6 April 2011

Memancing ikan haruan...

Dah lama aku tak mancing ikan haruan, akhirnya baru-baru ini dapat jugak aku melepaskan gian memancing ikan haruan di Tanjung Lumpur. Mula-mula guna katak tak de jugak makan akhirnya aku guna lure Popper warna oren. Dapat jugaklah seekor dan agak kecik tapi ikan haruan ini walaupun keci, dia agak ganas dalam bertarung dengan pemancing...

Inilah ikan yang aku dapat, walaupun kecik akhirnya dapat juga melepaskan gian menarik ikan haruan...

Selasa, 5 April 2011

Pertama kali memancing di kolam

Pertama kali aku memancing di kolam air masin, aku berjaya mendapat ikan siakap seberat 2 kilogram. Walaupun agak sukar untuk menjinakkan ikan tersebut namun akhirnya aku berjaya menaikkan ikan itu. Dengan menggunakan umpan udang hidup dan menggunakan pelampong berjaya mendapat ikan siakap kolam...

Blog baru...

Blog ini diwujudkan untuk menceritakan pengalaman aku ketika memancing. Aku boleh dikatakan sebagai budak baru dalam arena memancing ini dan sentiasa belajar teknik memancing daripada otai-otai memancing...

Hasil Bawah Jambatan Tanjung Lumpur

Ini adalah hasil tangkapan aku ketika memancing di bawah Jambatan Tanjung Lumpur, Biarpun sedikit tetapi dapat mempuaskan aku untuk menarik ikan.