Halaman

Selasa, 3 Mei 2011

Ikan senangin Sungai Kuantan...

Baru-baru ini ketika aku melepaskan gian memancing di Sungai Kuantan tiba-tiba mancing aku direntap kuat oleh seekor ikan iaitu Ikan Senangin. Boleh tahan juga dia rentapan menyebabkan mancing aku hampir masuk ke dalam sungai, kira-kira lima minit bertarung akhirnya seekor ikan senangin setengah kilo berjaya dinaikkan. Ini kali kedua aku berjaya naikkan ikan senangin tapi aku tak pasti adakah ini ikan senangin atau kurau.

Senangin adalah ikan laut yang berwarna keperakan dan biasa hidup berkumpulan. Jenis ikan ini biasanya ditemukan pada saat air pasang tapi tidak terlalu tinggi dan biasanya pada keadaan air yang agak jernih. Spesiesnya antara lain meliputi Eleutheronema tetradactylum, Polynemus paradiseus, Polydactylus sextarius, dan Plotosus canius.

 Nie ikan senanginnyer.. boleh tahan besar.



nie ikan gelama je tapi ibu gelama, besar jugak..